Friday, February 8, 2013

Kisah lima puluh sen.

Assalamualaikum..

~nak share satu kisah yang dah banyak orang share dekat facebook..

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

#hm, zaman sekarang ni bukan 'ada lagi ke orang macam tu' je, malah memang ramai pon yang masih berjuang untuk hidup..rabu lepas, time pergi pasar raya, jumpa seorang mak dengan anak lima orang..range umur rasa2 yg plg tua darjah 6 kot n yg paling kecik baby tak sampai setahun lagi..ragam anak2 macam2 kan..nak itu ini..ada anak2 yang faham kesusahan ibu bapa..tapi ada anak2 yang tak faham..yelah budak2, tak boleh nak salahkan mereka jugak.. macam kisah kat atas ni, budak tu faham kesusahan keluarganya..

memang sedih bila baca kisah macam ni, kadang2 kita beli nasi goreng n tak habis..lepas tu buang..kalau 'budak' tu dapat mesti gembira..hm.. jadi kalau jumpa sesapa pon lah n kat mana2 pon lah..hulurlah sikit..tipu tak tipu itu belakang kira..antara dia dgn Allah.. janji niat kita ikhlas nak menolong.. :)

walau aku tak lah begitu susah, tapi dapat merasai..dulu2 ada jugak kawan2 yang cakap aku kemut..hm entahlah..antara berjimat cermat tahap ekstrem atau memang betul2 kemut..atau tahap komunikasi dibawah paras bahaya..'berat' mulut nak menjemput gamaknya..

time sekolah rendah hari2 bawak bekal..nak simpan duit..hehe tapi kadang2 beli je nasi lemak 50 sen.. ada telur 4 segi yang betul2 nipis tuh..err boleh imagine tak?? kalau nasi lemak singgit baru ada telur goreng besar sikit..haha then hari khamis nasi ayam rm2..sedap..tapi jarang2 jugak beli.. sanggup lah makan nasi goreng mak hari2 n air teh pon bekal dari rumah..if ada ko-q ptg2 ayah hantar bekal jugak..so jimat..hehe time darjah 6, after kelas tambahan if ayah tak datang jemput mak suruh naik teksi..tapi sebab takut nak tahan teksi sanggup tuh jalan kaki sampai rumah.. 

rahsia! kadang2 sepanjang jalan nak balik rumah tu aku nangis.. dah nak sampai rumah, kesat air mata takmo mak nampak.. malu.. haha kalau nak tahu jarak jalan = dari SKP sampai rumah.. alah tapi dulu2 along pergi balik skolah jalan kaki..wuwu~ 

ada hikmahnya, dari situ aku belajar sungguh2.. walau aku tak pandai bi n setiap kali exam dari darjah 1 sampai 6 n percubaan pon tak pernah dapat a tapi result sebenar dapat A..alhamdulillah.. :) dapat masuk sekolah yang baik2.. sedikit sebanyak mempengaruhi jugak cara aku membesar.. 

eh! dah terkorek rahsia lama pulak..ok dah cukup lah tu..

hehe..kesimpulannya kat sini..lend your hand..

ppsssttt, one day i will make this 'LeHa' come true...
oooohhooooiiii ! :)

sekian..

2 comments:

  1. Aamiin kak cik...semoga hasrat nk menghulur tangan selalu dipermudahkan... =)

    Inilah antara sebab kenapa akk tak boleh jadi cikgu...hati tisu nk mati...attachment lebih2 nnt kalau jumpa anak murid mcm ni...(tgk school 2013 pun mengalir2 air mata duk bayang mcmana cikgu handle problematic student..haish..masalah!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhir2 nie pon hati saya dah semakin jadi hati tisu.. tengok iklan je pon dah boleh basah..adoiii..

      Delete