Thursday, February 28, 2013

gila gadjet..

ciko adalah abang kepada cici..
ciko mempunyai masalah pendengaran manakala cici mempunyai masalah isi perut..
kedua2 mereka juga mempunyai masalah bekalan makanan..

jadi, saya sebagai ibu bapa perlu menghantar untuk baiki masalah pendengaran a.k.a speaker ciko dan membeli isi perut a.k.a bateri baru untuk cici.. selain itu saya juga perlu membeli charger baru untuk memastikan jangka hayat mereka berdua..

setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak2.. dan mereka juga mahukan anak2 membalas jasa mereka sedikit sebanyak.. dalam senario ini saya memang mengharap sangat jasa saya dibalas oleh mereka berdua dengan memberi perkhidmatan yang super duper ohsome..

tapi itu dulu..sejak akhir2 ini mereka punca tekanan darah saya semakin menjadi stabil dan mungkin juga telah naik sedikit..sesungguhnya saya mempunyai masalah tekanan darah rendah maka saya tiada hal jika darah saya naik angkara masalah mereka itu.. biasalah ragam anak2 kita kena bersabar.. dalam pada itu kadang2 saya mencampak mereka di atas katil dan juga mmemarahi mereka dengan 3/4 hati.. kerana 1/4 lagi saya tak sampai hati.. merekalah buah hati saya sejak 5 tahun lepas..saya berharap masih ada peluang dan harapan untuk saya menghantar mereka ke pra-sekolah seperti ibu bapa yang lain..

ataupun, lebih baik saya menjual mereka berdua dan membeli anak baru..saya akan beli anak baru yang sudah mendapat phd mungkin..maka tidak perlulah saya bersusah payah menghantar mereka untuk mendapatkan pendidikan lagi..

apakah penyelesaiannya di sini..

bersambung......

No comments:

Post a Comment