Wednesday, January 16, 2013

nak jugak..

Assalamualaikum..

ehem, nak jugak update pasal isu panas sekarang ni..
apa lagi kalau bukan 'listen, listen, listen when i speak'
-.-'

banyaknya lah sindiran-sindiran dalam pelbagai bentuk tentang isu ni..
lagu macam-macam jenis ada, haaa ada satu tu best jugak.. dia buat remix..
sampai ulang-ulang dengar lah jugak.. takde koje membazir masa.. aissshhh~
gambar lah..dan tak kurang jugak komen-komen yang tak sedap dibaca tak kira di youtube mahupun di facebook mereka-mereka yang sedang membincangkan isu ni..
almost ramai yang mencaci maki.. so apa kau dapat bila caci???
pahala?? selesai keadaan?? ketenangan??  aigoo. -.-'
educated lah sikit.. echehh.. hehe baru nampak gaya-gaya mahasiswa harapan bangsa..
terjamin sikit hidup anak cucu aku nanti.. :)

so pandangan i lah kan tentang isu tuh..

saudari yang bertanya, takda lah pon tak sopan.. biasalah 2 provokasi seropa tu.. bahasa bukan guna bahasa kasar pon.. suara memang lah kuat guna mikropon tambah-tambah lagi suara dia memang macam tuh dengan semangat yang membuak-buak..
dia siap buat homework kot before bertanya..cari fakta and tulis dalam buku..good!
berani bersuara dan bertanya..
kau ada??

'eh ada ceramah lah, mesti dapat makanan free nie kot tak pon hadiah cabutan bertuah galaxy note uoolsss'
malu lah sikit.. >.<

lagi, soalan yang ditanya relevant what..jangan lah nak marah dia cakap 'wei, ko nak free2 nak ke kena bayar tax mahal-mahal, negara yang free education tuh semua tax tinggi tau'..
mungkin dia nak penjelasan yang lebih tepat..bagaimana malaysia menguruskan kewangan..
saluran duit digunakan di sektor2 lain adalah terlalu banyak atau terlalu mewah..mungkin juga ada yang tak perlu, so apa salahnya di salurkan ke pendidikan..
dia siap buat contoh ok..billion billion ke sektor buat jalan bla bla bla lagi *aku tak ingat dah*
so salah ke??
n what that penceramah do? nothing, eh silap, dia tarik mikropon..hehe.. no answer for that question..  kenapa???
tak tahu? tak cukup masa? malas nak bangkitkan isu itu?
so why korang datang n adakan q n a session if taknak jawab soalan..
owh maaf, i'm not really sure lah that forum utk apa but if i not mistaken itu adalah ceramah kesedaran kepada wanita tentang hak wanita untuk bersuara.. haaa nie pelik bin ajaib..
dahtu bila wanita itu bersuara, suruh pula senyap.. listen kononnya..
apalah...lepas tuh, bagi contoh pasal binatang..bukan setakat sekor dua, berekor-ekor plak tuh..
hello, awak bercakap dengan student universiti bukan nye budak darjah 6..
in my opinion, she doesn't answer the question at all.. adoiii lah.. tapi cakap confident je tuh.. hehe
ok lah fine, if soalan tuh takde kaitan dengan ceramah pon, kenalah jawab soalan..
eh ke cakap pasal binatang tuh jawapan dia..??

eee takutnya aku.. fikiran aku yang mundur ke atau apa nie??
yang salah jadi betul, yang betul tak betul2 pon..
tolonggg.. saya takut...pemikiran saya nie betul ke tak?? or sedang di program kan ke sesuatu pemikiran yang direka dan punya agenda tertentu.. T___T

haa lagi satu, siap suruh pindah negara pulak tuh..
mentang-mentang belum nampak lagi hasil yang boleh cik saudari tuh sumbangkan kat negara..
kemain lagi ek..esok jangan terhegeh-hegeh pulak panggil orang malaysia di luar negara balik berkhidmat untuk negara.. adoii adoiii lagi.. -.-'

dan lagi satu yang paling aku pelik dan confius semasa tengok video tuh ibarat seekor ayam dipanggil dengan panggilan kucing oleh semua orang (nak bagi contoh binatang jugak!)
kenapa ya, student dalam dewan tuh duk teeeeeeeepukkkk je memanjang...??

errr faham ke tak faham apa yang dibincangkan??? ke hobi?? ke nak meriahkan suasana??.. hehe

saya sangat bersetuju dengan pandangan hilal asyraf dan juga mat lutfi.. *itu je yang aku terbaca* haha.. nak tau g carik sendiri.. hehe

owh, amatlah risau negara kita pada masa mendatang..

ya Allah, berilah petunjuk Mu kepada kami..
satukanlah hati-hati kami, para khalifah untuk memakmurkan bumi ini dan untuk mengabdikan diri kepadaMu..
amin..

p/s: ini hanyalah pandangan peribadi takde niat nak mengguris sesiapa.. apa yang salah harap dibetulkan..huhu

letih dengan isu-isu begini, terjejas tumbesaran atau membuatkan cepat membesar? ark ark arkkk..

sekian.




2 comments:

  1. bravo kak cik!!!
    pendek kata banyak benda tak diletak di tempat yg betul pasal forum tu...itu pasal lah huru hara jadinya....
    kesimpulannya end does not justify means...
    peace y'all.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ! harap-harap pemimpin akan datang lebih berkualiti lebih berilmu lebih berintegriti ! haisshhh.. hehe

      Delete