Saturday, January 19, 2013

Jangan pilih jalan hitam..

Assalamualaikum :)

macam tajuk filem kan.. haha itu kisah lain, yang ini kisah lain..

by Hilal Asyraf..
tajuk buku : Untuk Kita Pendosa : Harapan Selalu Ada..
sumber : sini

~semoga bermanfaat.. ^_^

--------------------------------------------------------------------

Apa yang ada selepas mati?

Alam barzakh. Padang Mahsyar. Syurga dan Neraka.

Alam barzakh tidak kita tahu berapa panjangnya kita akan berada di dalamnya. Ya, sampai kiamat. Tapi kiamat itu bila? Tiada jawapannya.

Padang Mahsyar tidak kita tahu juga berapa lamanya kita hendak berdiri di sana. Ada yang tahu? Ada orang kata sehari di sana sama dengan 1000 tahun di bumi. Yala, kalau sehari di sana sama dengan 1000 tahun di bumi pun, berapa hari kita ada di Padang Mahsyar? Ada jawapannya? Tiada!

Di dalam Syurga dan Neraka pula berapa lama? Jawapannya sudah ada. Kekal abadi selamanya.

Itulah dia tiga alam kita akan lalui selepas mati. Dan ketiga-tiganya diputuskan keadaannya semenjak di dunia. Baik kita di dunia, baiklah kita di alam barzakh. Baik kita di dunia, selamatlah kita di Padang Mahsyar. Baik kita di dunia, syurgalah tempat pengakhiran.

Masalahnya, kalau tak baik?

Adakah di alam barzakh boleh beramal?
Adakah di padang mahsyar boleh beramal?
Adakah di dalam neraka boleh beramal?

Siapakah yang apabila memahami hakikat ini, hendak mempersia-siakan hidupnya yang mungkin hanya setahun dua? Yang kalau panjang-panjang pun mungkin sukar hendak mencecah seratus tahun itu?

Adakah kita, apabila menyedari hal ini, merasa lega kita bahawa kita sekarang masih hidup? Bahawa kita sekarang sedang membaca tulisan ini? Nyatanya itu membuktikan bahawa kita masih mempunyai peluang!

Menyedari kita masih hidup, adakah kita sekarang masih bercita-cita hendak mengisinya dengan kesia-siaan?

“Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar" Surah Al-Anfal ayat 50.

“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan ‘sakratul-maut’ (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya" Surah Al-An’am ayat 93.
----------------------------------
Petikan Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!


----------------------------------------------------------------------

p/s: jangan jadi orang yang rugi..
bak kata kak wardina.. kita dekat dunia ni memang kena penat.. sebab if u nak rest, u rest dekat jannah nanti.. 
so sekarang kenalah berpenat lelah mencari keredhaan Allah..

sekian.

No comments:

Post a Comment